Lazada Malaysia

Wednesday, July 24, 2013

Home » Pencinta Warna Pink

Pencinta Warna Pink

Assalamualaikum.

Adakah korang pernah terfikir sejak azali lagi korang akan dilahirkan sebagai minah pink? Opsss tu bagi pinkaholic la. Macam saya. Sejujurnya saya tak pernah terfikir, sebab saya masih kecik lagi masa tu. Macamna mau fikir lagi. A B C pun tak lepas lagi. hehe sekarang ni baru saya sedar yang saya sememangnya minah pink. Bukan sikit-sikit, tapi ni ketara sangat. Sebagai contoh ; warna blog saya ni. hehe

Sejak dari kecik sehinggalah sekarang, warna pink tak pernah berjauhan dari saya. Sejujurnya dalam bilik tidur saya mesti warna pink. Termasuklah perabotnya sekali. Barang-barang harian saya, tak usah ditanya lagi. Pink diutamakan. "Minah pink sungguh kakak ni" Ayat yang selalu saya dapat dari adik-adik saya. Taulah diorang jeles saya suka warna pink. Tapi saya langsung tak ambil hati. hehe

Jika korang sedar, sebenarnya emel saya pun terlibat dengan pink juga. Maksudnya setiap emel Yahoo, MSN & Gmail saya, wajib bermula dengan "pink". Bila difikirkan rupa-rupanya saya memang dah parah. Parah sebab fanatik pink. haha Jika kita sudah suka secara sesuatu, ia akan menjadi kesukaan dalam hidup kita dan ia datang secara spontan. Betul tak? Dan saya tak pernah terfikir untuk cuba berhenti mencintai warna pink. Biarkan ia sebati dalam hidup saya selamanya.

Bercakap mengenai warna pink, saya nak tanya dua soalan kat korang ni. Korang suka warna pink? & Adakah korang rasa pink hanya sesuai untuk anak gadis saje? Tolong beri pendapat ye. Terima kasih.

16 sweet comments:

Chic Na said...

cikna tak.. hehe..

ainil fazieda said...

pinkynyeee awak! ^^

Rosmiza Ali said...

Ada jugak lelaki yang suka kaler pink.. Tapi kena tengok gaya jugaklah.. Hehe..

Nurfaezah Abdullah said...

fae x lah berapa suka warna pink sgt but i find pink is cute though hihi and x semestinya perempuan je blh suka warna pink.

Cik Nur™ said...

Pink dan solehah mmg xdapat dipisahkan.. :)

Lynn Munir said...

Memang peminat pink solehah ni. Saya pulak suka go green.

Deqla Manjew said...

kita sama dear..!! haha.. baju2 akk pun byk kaler pink je.. tp skng suka merah jugak..hihi.. eh sape kata pink utk gadis je? habis utk akak yg 3 series ni x sesuaikah? kohkohkoh..

Mrs Velentine said...

kak MV peminat hijau

lelamaisara said...

akak minat pink jugak ...hehhe cantik

Masha Meisters said...

Masha tak minat pink sagat...tapi,bnyak baju ke ape2 pun pilah kaler pinky2 ni....hahaha
suka ke tak ni? hehe

kayyana said...

bukankah warna pink tu sinonim dengan perempuan kan??? hehehe. tapi akak taklah gile pink sangat.. suam suam kuku tu bleh lah.. hihihi

Cik Aini said...

suka pink tp x la smp parahhh.ada jg brg lain warna bukan pink.hehe

Cendol said...

Cendol pun suka pinkkkk!!cantikkk..hehe
sesuai juga dengan lelaki..ikut keadaan :) btw,cendol tengok gambar nikah mak n ayah,diorang pakai baju pink pekat..nampak comel je..hihihi

Eca Dwinky Asha said...

pink sinonim dgnpompuan..tpi ramai yg xxthu..pink antara warna kegemaran nabi kita.sebab ianya mendamaikan :D

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

aReLaN said...

nama pun perempuan. normal kot ngan pink. hihihi...kalau laki2 bru nmpak pelik sket