Lazada Malaysia

Tuesday, June 18, 2013

Home » » Tips : Menghilangkan Segala Gangguan Makhluk Halus

Tips : Menghilangkan Segala Gangguan Makhluk Halus

Assalamualaikum.

Siapa sini pernah diganggu dengan makhluk halus? Kepada sesiapa yang nak tau tips ini untuk menghilangkan segala gangguan makhluk halus ataupun hantu yang sering menyerang atau menghantui malam korang tu, korang perlu dan harus baca tips ini sehingga habis kerana saya akan share beberapa tips yang korang kena ikut untuk mendapatkan keberkesanannya. 

Tips ni berkesan dengan izin Allah kerana tips ini pernah dicuba oleh saya sendiri. Saya pernah menolong kawan saya untuk menghilangkan segala gangguan makhluk halus. Alhamdulillah segala gangguan makhluk halus berakhir. Kepada sesiapa yang nak tau tips ni, sila ikuti langkah-langkah di bawah :

1. Kumpulkan kesemua tangkal, mantera dan apa-apa barang yang dipercayai akan menjaga kita. Selalunya, barang-barang ini diberi secara turun-menurun oleh atok dan moyang terdahulu. Masukkan kesemuanya ke dalam satu guni atau plastik besar.

2. Kumpulkan kesemua novel seram dan buku-buku cerita yang mengandungi unsur hantu dan makhluk halus. Antaranya ialah : Novel Mastika. Masukkan kesemuanya ke dalam satu guni yang lain atau plastik besar.

3. Kumpulkan kesemua anak patung kecil yang sering dijadikan keychain di bekas pensel ataupun digantung di mana-mana yang korang selalu gantungkan. Ini kerana anak patung kecil sebegini menarik perhatian makhluk halus untuk mendekati korang. Masukkan kesemuanya ke dalam satu guni lain atau plastik besar.

4. Setelah siap kesemuanya, korang akan dapat 3 guni atau beg plastik yang telah diasingkan. Bakar ketiga-tiga guni atau beg plastik ini sehingga semuanya jadi hangus.

5. Setelah selesai proses pembasmian, korang wajib baca Al-Ma'thurat sebanyak dua kali sehari iaitu di siang hari dan di malam hari. Lakukannya setiap hari walaupun segala gangguan telah hilang. Al-Ma'thurat adalah pendinding diri manusia daripada segala gangguan makhluk halus.

* Biiznillah, saya doakan segala usaha ni akan berhasil. Aamine.

6 sweet comments:

Unknown said...

sis deqla byk buku mastika yg dijadikan koleksi.. alahaii.. kena bakar..?? teddy bear pun kena bakar gak kan.. dulu sis ada teddy besar punya.. last2 sis buang.. seblm ni penah ganggu dgn teddy tu.. 1 mlm ternmpk kelibat teddy tu berdiri tegak merenong sis.. seram!! lps tu trs buang.. tp x pasti hubby bakar atau x..huhu

Deq's Qienz said...

nice sharing dik..takut huga bila dgar benda² gini..Alhamdulillah akk blum prnh ada pgalaman lagi.minta dijauhkan laaaaa..hehee

are_lin@yu said...

haish plg tkt klu da gguan2 cmni..mmg byk2 kna beringat kan..tq share solehah ;-)

Unknown said...

yumida baru je dpt hadiah teddy bear..huhu..sama ngan deqla..syg nak bakar..nangis jap

aReLaN said...

nice one. gundam pon kira anak patung gak ke???hmmm

Miss N™ said...

nice tips solehah...mengecah lebih baikkan.tapi sebolehnya minta jauhlah dari segala gangguan...