Lazada Malaysia

Tuesday, May 28, 2013

Home » Sinetron Aliya

Sinetron Aliya


SINOPSIS SINETRON ALIYA

Aliya mengisahkan sepasang ibu dan anak perempuannya yang terpisah akibat pengkhianatan cinta sebelum akhirnya dipertemukan kembali oleh nasib.

Cerita diawali dengan seorang wanita hamil tua bernama Shinta (Jian Fahira) yang mencari suaminya, Anjar (Gunawan). Suatu ketika dia berhasil bertemu dengan suaminya itu. Namun, dia sudah bersama Mutia (Marchia Caroline) yang sedang hamil dan ternyata adalah isteri pertama Anjar.
Shinta dan Mutia melahirkan di waktu dan tempat yang sama. Namun bayi Muthia meninggal. Kuatir cucunya tak bisa hidup dengan layak akibat kemiskinan, Laila (Marini Burhan), ibu dari Shinta, memberikan bayi yang baru saja dilahirkan Shinta kepada Mutia sebagai ganti dari bayi yang meninggal.
Aliya (Dea Anisa) tumbuh dewasa di bawah asuhan Mutia. Sementara Shinta telah menikah lagi dengan Wisnu yang memiliki anak bernama Gilang (Irwansyah). Secara kebetulan, Wisnu berpacaran dengan Aliya.
Singkat cerita, Gilang meninggal akibat kecelakaan. Oleh keluarga Wisnu, Aliya dianggap sebagai penyebab malapetaka itu karena Gilang akan menemui dirinya sebelum kecelakaan terjadi.
Sinta mengusir Aliya dari rumahnya, tanpa sadar bahwa gadis itu adalah anak kandungnya sendiri. Klimaks dari cerita ini adalah saat Shinta mengetahui bahwa Aliya adalah anak yang dulu pernah dia lahirkan.
Cerita bergulir dramatis dan penuh air mata, dengan Aliya sebagai titik fokus drama.

LAGU TEMA SINETRON ALIYA

Letto - Menyambut Janji

NAMA DAN PERWATAKAN PELAKON
SINETRON ALIYA

  • Dea Annisa (Aliya)
Aliya sebenarnya anak kandung Pn. Shinta, tetapi selepas Aliya dilahirkan ibu Pn. Shinta telah memberikan Aliya kepada ibu Pn. Mutia kerana pada masa itu mereka miskin dan tidak mampu menjaganya. Jadi Aliya bukanlah anak kandung Pn. Mutia, Aliya cuma anak angkat Pn. Mutia. Pabila Pn. Shinta sedar dari tidur selepas bersalin, dia mendapati anaknya tiada. Ibu Pn. Shinta berbohong pada Pn. Shinta yang anaknya sudah meninggal secara tiba-tiba. Pada saat Pn. Shinta melahirkan anaknya, dia masih menjadi isteri kepada En. Anjar. Jadi En. Anjar sememangnya bapa kandung Aliya. Aliya dibuktikan sebagai anak kandung Pn. Shinta yang sebenar kerana terdapat tanda lahir di belakang bahu Aliya. Aliya juga merupakan kekasih Gilang Wardhana pada mulanya, akhirnya Aliya memilih Faris sebagai suaminya

  • Irwansyah (Gilang Wardhana)
 Sebenarnya dia anak kandung En. Wisnu dan Pn. Sandra, jadi Gilang bukan anak kandung Pn. Shinta. Pada mulanya, En. Wisnu merahsiakan hal ini kepada Pn. Shinta. Gilang juga mempunyai seorang adik kembar yang bernama Galang Wardhana serta dia merupakan kekasih Aliya. Gilang sudah meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika bersama Aliya.

  • Irwansyah (Galang Wardhana)
Adik kembar Gilang Wardhana. Di akhir cerita, Galang meretui permintaan Aliya untuk bernikah dengan Faris dan bersetuju untuk menganggap Aliya sebagai adik-beradik.

  • Restu Sinaga (En. Wisnu)
Dia merupakan suami pertama (bekas suami) Pn. Sandra dan suami kedua Pn. Shinta. Pn. Sandra meninggalkan Gilang dan En. Wisnu kerana pekerjaan En. Wisnu ketika itu tidak stabil (miskin). Dia juga merupakan bapa kandung kepada Gilang Wardhana dan Galang Wardhana.

  • Jihan Fahira (Pn. Shinta)
Isteri pertama (bekas isteri) En. Anjar dan isteri kedua En. Wisnu. Sebenarnya dia ibu kandung Aliya dan Gilang itu cuma anak tirinya. Dia juga bukan ibu kandung Gisha.

  • Gunawan (En. Anjar)
Suami pertama (bekas suami) Pn. Shinta dan juga suami pertama Pn. Mutia. En. Anjar mengahwini Pn. Shinta secara senyap tanpa pengetahuan Pn. Mutia pada awalnya tetapi sekarang sudah terbongkar rahsianya. Dia bekerja sebagai pemandu peribadi En. Wisnu pada mulanya. Setelah terdapat pelbagai masalah, En. Anjar telah menukar pekerjaannya. Sebenarnya dia memang merupakan bapa kandung Aliya.

  • Marchia Caroline (Pn.Mutia)
Dia merupakan isteri En. Anjar. Sebenarnya anak Pn. Mutia sudah meninggal selepas dilahirkan, tetapi ibu Pn. Mutia mengambil Aliya sebagai anak angkat untuk Pn. Mutia di hospital. Jadi sebenarnya Aliya bukanlah anak kandung Pn. Mutia yang sebenar. Jadi Pn. Mutia sebenarnya tiada anak. Di akhir cerita, Pn. Mutia mati kerana ada kanser hati.

  • Pn. Sandra
Isteri pertama (bekas isteri) En. Wisnu dan ibu kandung kepada Gilang Wardhana dan Galang. Kerana harta, dia sanggup menghasut Galang untuk mendapatkan harta En. Wisnu. Di akhir cerita, cuma menunjukkan yang Pn. Sandra melarikan diri dari penjara bersama Dita.

  • Gege Elisa (Gisha)
Sebenarnya Gisha anak kandung Pn. Atikah dan En. Hendri. Dia bukannya anak kandung Pn. Shinta. Di akhir cerita, Gisha memaafkan En. Hendri dan mereka berbaik semula.
  • Primus Yustisio (En. Hendri)
Dia merupakan bekas suami Pn. Atikah. Sebenarnya En. Hendri adalah bapa kandung Gisha dan En. Hendri bukannya bapa kandung Dana. Di akhir cerita, Gisha, Faris & Dana berbaik sesama mereka. Mereka bertiga berjanji akan menjaga En. Hendri sepenuh hati.

  • Dana
Sebenarnya dia bukannya anak kandung En. Hendri tetapi dia merupakan anak kandung Pak Raja. Di akhir cerita, Dana insaf dan berubah menjadi anak yang baik. Dana berkahwin dengan Marina kerana dia mahu bertanggungjawab untuk menjaga Putra bersama Marina.

  • En. Raja
Sebenarnya dia ayah kandung Dana, bukannya En. Hendri.


  • Pn. Atikah
Dia merupakan bekas isteri En. Hendri. Pada asalnya, Pn. Atikah sememangnya ibu kandung Gisha, tetapi Pn. Atikah telah menipu Pn. Shinta bahawa Gisha adalah anak kandung Pn. Shinta. Pn. Atikah terpaksa menipu Pn. Shinta supaya Gisha tidak akan keseorangan dan hidup anaknya itu lebih terjamin jika Pn. Atikah meninggal suatu hari nanti. Pn. Atikah juga melakukan penipuan ini kerana dia tidak mahu Gisha mencari ayah kandungnya nanti. Oleh kerana Pn. Atikah merupakan jururawat yang merawat Pn. Shinta ketika Pn. Shinta bersalin, dengan ini dia dapat meyakinkan Pn. Shinta bahawa Gisha adalah anak kandung Pn. Shinta dengan bukti kalung yang ada di leher Gisha. Sebenarnya pada mula kalung itu bukan di leher Gisha, tetapi di leher bayi Pn. Shinta. Kalung itu dengan tidak sengaja terjatuh dan Pn. Atikah terjumpa serta dia menyimpannya terlebih dahulu. Dia berazam untuk memulangkan kembali kalung itu kepada Pn. Shinta. Disebabkan perkara itu telah lama berlalu, maka Pn. Atikah memberikan kalung itu kepada Gisha. Jadi, Gisha bukanlah anak kandung Pn. Shinta. Sebenarnya dia ibu kandung Dana dan Gisha. Dana hanyalah anak luar nikah bersama En.Raja. Gisha pula anak yang tidak diakui oleh En. Hendri pada mulanya kerana En. Raja menghasut En. Hendri mengatakan yang Pn. Atikah bukan mengandung anak En. Hendri. Di akhir cerita, Pn. Atikah tidak ditemui langsung setelah Gisha diserahkan kepada Pn. Shinta.

  • Afifa Syahira (Marina)
Pada awalnya, Marina bakal dijodohkan dengan Gilang tetapi terbatal kerana Gilang meninggal disebabkan kemalangan. Anak yang dikandung oleh Marina ialah anak Dana, bukannya anak Gilang. Di akhir cerita, Marina bernikah dengan Dana.

  • Natasha Dewanti (Pn. Winda)
Ibu kandung Marina.

  • Billy Davidson (En. Faris)
Kawan rapat Aliya di pejabat. Dia juga merupakan anak kandung En. Hendri. Di akhir cerita, Faris berkahwin dengan Aliya.

  • Shandy Isabella (Anindita)
Pada awalnya, Dita memang kekasih Galang. Akan tetapi mereka terpisah kerana keluarga Dita merancang untuk menikahkan Dita dengan Ruben. Semuanya tidak menjadi kerana Dita selalu mengelak dari Ruben dan meminta pertolongan Galang. Akan tetapi, Galang sudah tidak mencintai Dita.
 
  • Marini Burhan (Pn. Laila)
Nenek kandung Aliya dan ibu kandung Pn. Shinta.

  • Suzy
Pembantu rumah kepada keluarga En. Wisnu dan Pn. Shinta.

PENGAJARAN

1. Inilah akibatnya jika tiada penggunaan kad pengenalan. Anak sendiri pun boleh tertukar. Kalau macamnilah akibatnya, sesebuah institusi keluarga sentiasa dalam bahaya.

2. Pentingkan kasih sayang, bukannya harta. Kerana harta, semua orang sanggup menipu untuk menjadi ahli keluarga orang berada.

Sebagai contoh, Marina yang tetap mahukan En. Wisnu dan Pn. Shinta bertanggungjawab ke atas bayi yang dikandungnya disebabkan harta kerana tidak mahu bayinya itu lahir tanpa bapa dan masa depan, padahal anak itu anak Dana bukannya anak Gilang.

3. Pada awalnya, tinggalkan seseorang itu disebabkan miskin. Selepas tu mulalah gelojoh harta ketika si miskin tadi menjadi kaya.

Sebagai contoh, Pn. Sandra tinggalkan Gilang dan En. Wisnu disebabkan En. Wisnu kehilangan pekerjaan tetapi bila En. Wisnu sudah kaya, Pn. Sandra menghasut Galang untuk bekerja dengan bapanya supaya dapat merebut harta En. Wisnu.

 EPISOD AKHIR

  • Pn. Mutia meninggal dunia.
  • Pn. Sandra melarikan diri dari penjara bersama Dita. 
  • Galang meretui perkahwinan Aliya dan Faris dan berjanji akan menjaga Aliya seperti adiknya sendiri.
  • Aliya dan Faris bernikah.
  • Dana dan Marina bernikah.
  • Kevin ditangkap kerana mencuba untuk membunuh Dana di hari pernikahan Dana.
  • Aliya dan Faris tinggal bersama En. Wisnu dan Pn. Shinta, kemudian Aliya hamil.

Berakhir sudah sinetron Aliya harini. Esok bermula sinetron Annisa. Layan... :)

22 sweet comments:

Farah Waheda Wahid said...

mama kakak suka sangat benda ni...

norzatul nabihah said...

suke ke indon? bihah tak layan sangat cite indon ney. hehe btw follow here http://nabihahzambry.blogspot.com/

Cik Nur™ said...

nur tak tgk..huhuh

Deqla Manjew said...

alahaiiii sinetron... biasa la episod pjg berjela... x habis2 citer psl tertukar anak...huhuhu....

are_lin@yu said...

sinetron bru eh solehah?adus byk ketinggalan dh ayu ni..hehe

izan mama mia said...

ehe..akak sejak azali xsuka cerita indon..orgnyer pun xberapa suak..ehe...ntahlaa napa.. mmg tak tgk citer indon...tapi ramai yg suker

Aine Ainun said...

skrg ni akak x suka benar cerita indon solehah, sebab terang2 kelentong! geram...

Yumida Huda said...

dh abis drama ni kan
drama indon...waduh...byk menyimpang2
x tahu ape kesudahan drama tu? x follow

hope solehah baik2 aja ya
aah..yumida faham..solehah bz dgn study
do ur bez utk study n exam k
kami sentiasa doakan yg terbaik buat solehah

Ayuni said...

ala, sye x tgk cite indon...

Busyra Bt Takiyudin said...

tak tngok cita ni.. huhu

are_lin@yu said...

for u dear ;-) http://coratcoretkuini.blogspot.com/2013/05/happy-sweet-23-birthday-solehah.html

Chic Na said...

solehah minat citer ni rupanya. panjang kot lama sgt nak abis. hehe..

Khairun Solehah said...

fuh,berbelit otak nak pahamkan maybe sebab x tengok kot:3

9n0L4 said...

tak tgk pun cite ni. kureng sket cite indon. hehe.

shafiq said...

amboi , ni minat benar ni dengan sinetron , haha ,

Deq's Qienz said...

hye solehah..maaf lama suda akk xsinggah sini..ayah akk dah xder la dik..dah mninggal..apa² thanx coz sudi doakan ayah akk..hehee

LYAfrina said...

dah lama x layan sinetron indon ni..meleret sgt

Cendol said...

cendol tak tengok sinetronnn :) hehe
rumah takdak tv :P

Azza Afdzal said...

cite indon mmg best tp kalau dh panjang berjela hlg mod terus nak tengok....

Cinta Misteri said...

lama dh tk layan sinetron endon kt tv. ptg tu kalau balik kojer, ada gak trnmpk kat astro prima, tk sure cerita apa. klau stay memalam, agk2 kol 2-3pg tu, ada gak tv3 or tv9 tyg cinetron.

Hijab Valley said...

Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Banyak tudung dan shawl2 yang menarik dari HV collection.Jangan lupa follow juga ye.. =)

Terima kasih
http://hijab-valley.blogspot.com

wan nurul hezrina abd halim said...

malas nak tgk sinetron mmg panjang berjela2..huhu