Lazada Malaysia

Thursday, April 4, 2013

Home » Pendaftaran & Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Malaysia

Pendaftaran & Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Malaysia



Assalamualaikum. Parlimen sudah dibubarkan semalam dan korang semua mesti dah daftar untuk mengundi kan. Dah check semakan daftar pemilih? Bagi yang belum lagi, klik saje nama tajuk yang dilinkkan di atas ni. Selain tu, korang juga boleh semak daftar pemilih melalui sms.


Jika dah semak, korang dah bersedia ke nak mengundi? Saya pula tengah pening, tak tau nak pilih siapa. Di tempat saya ni, calon yang bakal bertanding sudah diketahui tetapi belum disahkan lagi. Tunggu sajelah nanti. Ini pengalaman pertama saya untuk mengundi, tu yang bersemangat nak mengundi ni.

SYARAT-SYARAT LAYAK MENDAFTAR

(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

CARA UNTUK MENDAFTAR - UNTUK PEMILIH BIASA

(a) datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b) serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c) semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d) menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.


* Semoga PRU tahun ni berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Aamine.

6 sweet comments:

yana aina said...

jom jalankan tanggungjawab bersama ^^

Deqla Manjew said...

td baca entri ni kat blog kak rose..selamat mengundi yer.. ;)

Mrs Velentine said...

Jom mengundi

Yana Libra said...

mari mengundi..hehe~ :)

Cik Nur™ said...

selamat mengundi...

Cinta Misteri said...

jom pangkah. buat pilihan yg tpt