Lazada Malaysia

Friday, April 19, 2013

Home » Kes Penipuan Kad Bank - 21.8.2011

Kes Penipuan Kad Bank - 21.8.2011

Assalamualaikum.

Oleh kerana sejak-sejak ni saya lihat ramai blogger yang asyik bercerita mengenai kes penipuan kad bank yang dilakukan oleh individu luar, jadi saya rasa saya nak ceritakan kembali mengenai pengalaman seperti ini juga yang saya pernah kena pada 21.8.2011. Alhamdulillah, polis sudah tangkap individu tersebut. Berikut kisah ini :

21.8.2011 - Saya rasa, harini betul-betul saya bernasib baik. Nak tau sebab pe? Saya terselamat daripada penipuan pemberian hadiah wang tunai berupa RM5000 daripada simkad melalui Celcom Center. Sebenarnya, penipu tu bukan daripada Celcom Center. Korang nak tahu macamne saya boleh kesan betul atau tidak individu ni, cuba ikuti dialog antara saya dan penipu licik tapi dia ni bukan licik, sebenanrnya dia lagi bodoh daripada orang yang tak belajar ke sekolah.huh! geram saya dibuatnya.

Kejadian ni berlaku pada 21 Ogos 2011 hari Ahad pukul 1.09 p.m. Saya dihubungi daripada nombor yang tidak dipaparkan. Cuma yang muncul daripada handphone saya “withheld”. Korang nak tahu kenapa “withheld” ? Sebabnya, dia guna nombor private (takut orang kesan diorang la tu) dan kemungkinan lain, dia guna nombor daripada luar negara. Maka kita akan dapat panggilan daripada “withheld”.

Berikut adalah dialog kami.

Penipu : Hello..good afternoon.
Saya : Hello..yes, can i know who’s speaking??
Penipu : Ya cik..boleh saya sah kan ni nombor 019******* ??
Saya : Ya,ni nombor saya..kenapa??
Penipu : Cik, saya dapat nombor ni daripada Abdul Latif yang memberitahu bahawa cik telah memenangi hadiah berupa wang tunai RM5000 daripada simkad ini pemberian Celcom Center. Jadi,saya ingin memberitahu berita gembira ni. ( Tiba2 dia cakap Melayu..kemungkinan dia ni guna private nombor. Amboi2, Abdul Latif mana pulak ni. Nama siapa dia main cilok ni. )
Saya : Saya xtahu pe2.
Penipu : Jadi, saya nak cik sah kan kemenangan ni dan saya nak cik tuntut hadiah ni dalam kadar segera. Cik, cik ada nombor akaun x?
Saya : Ada..awak nak watpe??
Penipu : Oh..ok. Bagusla camtu..cik sekarang da pegang kad bank atau buku akaun x??
Saya : Ada..tapi
Penipu : (Tiba2 dia mencelah..) Baguslah cik..cik sekarang guna bank pe?? kami da bank Islam, Maybank, HSBC..n lain2 cik..tapi CIMB xda cik..boleh saya tahu cik guna bank apa??
Saya : Bank Islam..Awak nak watpe tau semua ni?? saya xcaye la awak ni..japppp
Penipu : Saya tahu cik da Bank Islam..dan kami xkan ambik nombor bank dan nombor pin bank cik..kerana kami daripada celcom center,kami daripada syarikat sah n xkan menipu customer kami sebab selama ni banyak kes penipuan melalui nombor pin..Jadi cik, saya nak sahkan wang ni cik..boleh saya tahu nombor yang tertera pada kad bank cik..sebab nombor tu semua orang memang tahu. dan cik sekarang da berdekatan dengan cawangan bank Islam x?? (huishhh..pandai ko nak kelentong aku ye dasar penipu..ko ingat aku bodoh ke, sekarang dah canggih la..kalau orang tahu nombor dihadapan kad bank pun, diorang still leh trade masuk..nombor mle2 memang sama, tapi nombor yang belakang tu nombor rahsia la..kalau xcaye,korang check dengan kawan2 yang da kad bank Islam.))
Saya : Maaf..sekarang ni saya xberdekatan dengan bank Islam..
Penipu : Cik da katne sekarang??
Saya : Perak.
Penipu : Oh perak..okay2..Kalau cik nak pergi ke bank Islam tu ambil masa yang lama x??
Saya : Ha’ah. Sebab di sini memang xda bank Islam. Kalau nak pergi sana, jauh sangat..(Aku rasa macam sakit hati sebab dia asyik cakap pasal bank je, xbagitahu langsung pun pasal tawaran Celcom atau pasal duit tu..nampak sangat dia penipu akaun kad bank.. ))
Penipu : Xpelah cik..kalau macam ni,cik bagitahu dulu nombor yang tertera kat depan kad cik..
Saya : Maaf cik, saya xberminat..
Penipu : Cik ni pu**mak betul. Cik ni pelac** ke. Memang betul cik ni pelac** (kemudian, dia terus letak phone.)

Astaghfirullahhala’azim. eeeiii dia mencarut depan saya tu! Ya Allah, masa tu hati saya geram dan marah sangat-sangat. Yang sedihnya, sebab dia sampai hati mencarut pada saya. Ya Allah, ni lah pertama kali orang mencarut depan saya. Memang masa tu hati marah bercampur nak nangis sebab saya tak tahu camne nak gtau korang semua. Mencarut tu kan guna bahasa tak sopan, dengan kata lain kurang ajorrr. Yang gembiranya, saya terlepas daripada tertipu dengan dia.


p/s : Kepada kawan-kawan, jika suatu hari korang dapat panggilan macamni, baik korang letak dan jangan layanlah. Diorang ni semua penipu. Nak dapat duit senang, tapi dengan cara menipu. Saya tak akan maafkan jantan penipu ni! Dia akan dapat balasan yang setimpal daripada Allah.

Hentikan penipuan akaun bank. Jangan libatkan diri dengan mereka. Kerana tersilap langkah, korang akan jatuh miskin. Beringat sebelum kena.

 

3 sweet comments:

Cik Nur™ said...

haa..pernah jugak kena..dari celcom jugak katanya...

Nur tahu dia tipu,tapi nur tak layan sgt sebab demam...
kalau tak mesti syok permain2kan dia..hehehe

Chic Na said...

giler lah. siap mencarut. ishhh bahaya betul. kena lebih berhati2 dgn taktik2 mcm ni.

Deqla Manjew said...

haihh... dah byk cara depa nk tipu kita..jgn terjebak dan terpedaya sudah la... kena lebih hati2...