Sunday, March 3, 2013

Home » , » Kes Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah

Kes Pencerobohan Di Lahad Datu, Sabah

Lahad Datu adalah sebuah bandar dan daerah yang terletak di bahagian Tawau, di timur Sabah, Malaysia timur di pulau Borneo. Ia menduduki semenanjung pada sebelah utara Teluk Darvel.


Kita semua sudah dimaklumkan mengenai apa yang berlaku di Lahad Datu sekarang. Kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Pasti korang masih tertanya-tanya mengapa negara Filipina datang menceroboh Sabah. Rasanya korang mesti sudah lupa dengan apa yang kita sudah belajar dalam subjek Sejarah.


" Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan. "

Lanjutan mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah oleh sekumpulan bersenjata warga asing yang dilaporkan berobjektif  membuat dua tuntutan daripada kerajaan Malaysia iaitu :
  • Kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.
  • Menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.



Kita dikejutkan dengan berita bahawa kita telah kehilangan dua orang komando polis yang terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina. Mereka berdua diserang mengunakan mortar ketika sedang berkawal di salah satu pos di sekitar kawasan yang ditawan penceroboh dan terbunuh setelah terkena serangan mortar tersebut.


Terkorban
1. INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT
2. KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD

Cedera
1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG
2. KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM
3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI


Mohamad Akmaruddin, anak sulung arwah Zulkifli ditemui di rumah datuk angkatnya, Hussain Harun, 53, di Desa Putra Indah, Bandar Sri Putra, Bercham, dengan ditemani adiknya, Mohamad Akhil, setahun.


“Abah dah meninggal....kena bom....masuk kubur.” Itu kata Mohamad Akmaruddin Zulkifli, 5, yang mungkin masih tidak faham apa sebenarnya berlaku di sebalik kematian ayahnya, Inspektor Zulkifli Mamat, 29.




Ibunya, Nor Aziah Nor, 28, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan pemergian suaminya selain tidak berapa sihat berikutan alahan kerana mengandung dua bulan. Suasana pilu menyelubungi rumah berkenaan semalam apabila Nor Aziah berulang kali menyebut ‘nak balik... nak balik’ (ke rumahnya) sambil menangis sebelum dipapah dan ditenangkan Hussain dan isteri, Nor Anita Mohamad, 49, dan beberapa rakan.


Untuk meringankan beban keluarga wira perjuangan ini, bolehlah menyalurkan sumbangan ke : Akaun Tabung Wira Lahad Datu (Maybank: 5142 7133 9000 - Media Prima)


Takziah kepada kedua-dua keluarga Allahyarham. Semoga Allahyarham Inspektor Zulkifli bin Mamat & Koperal Sabarudin bin Daud di tempatkan dalam golongan mereka yang mendapat keampunan & rahmat daripada Allah. Insya-Allah. Amin.

UPDATED!


  • Perintah berkurung telah dikenakan di pekan Lahad Datu dan kawasan sekitarnya dari 04:00 Jumaat berikutan pertembungan antara pasukan keselamatan Malaysia dan bersenjata Sulu di Tanduo kampung selepas kebuntuan 23 hari. Seorang jurucakap polis berkata perintah berkurung adalah untuk memastikan keselamatan dan keselamatan rakyat. " Ia adalah langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap rakyat akan mematuhi dan bekerjasama dengan pasukan keselamatan, " katanya.

  • Lahad Datu, 2 Mac - Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa daripada Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Filipina supaya menyerah diri dan meletakkan senjata serta merta atau berdepan tindakan tegas dan drastik.

10 sweet comments:

Yumida Huda said...

sedih..takut..geram pn ade bc brite ni..hidup jer la mcm biasa..usah nk gilakan kuasa wilayah...

byk nyawa terkorban...
moga jumpa penyelesaian terbaik
moga rakyat kita selamat..juga pihak polis yg terlibat

Kathy Rbain said...

sebagai rakyat sabah kathy amat risau akan keselamatan dan kebajikan orang awam dan pejuang negara..moga semua selamat..

Actinoloy Ajonez said...

South East Zionis

Actinoloy Ajonez said...

The South East Zionis...

Actinoloy Ajonez said...

South East Zionis

Cik Nur™ said...

sedihkan...
Moga kemelut ni cepat2 berakhir...

Deqla manjew said...

ya Allah.. sejak berita ni kuar.. mgm takot sgt... betul2 kes perang nih..bila la agaknya nk berakhir.. Al-fatihah buat mangsa yg terkorban..

Mrs Velentine said...

semoga semunya berakhir...

Mrs Velentine said...

semoga semunya berakhir...

Garry Das said...

Jangan darah dibayar dengan darah, semua kena bersabar, biar kita fikir berasional.... kita manusia!