Lazada Malaysia

Friday, March 22, 2013

Home » Keputusan SPM 2012 - Adik Erin Malek & Najwa Latif

Keputusan SPM 2012 - Adik Erin Malek & Najwa Latif

Semua sedia maklum yang semalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah pun keluar. Jadi apa lagi ramailah yang sibuk bertanyakan tentang keputusan masing-masing. Barisan selebriti juga tidak terkecuali daripada menjadi bahan pertanyaan seperti Nur Afiqah Malek (adik Erin Malek) dan Najwa Latif. Bagi adik Erin Malek, dia telah pun mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 9A. Tahniah diucapkan. Perkara itu disampaikan sendiri oleh Erin menerusi akaun Twitternya.



Manakala Najwa Latif pula sekadar menulis ‘Maybe its not that good, but Alhamdulillah semua lulus and good for me :) . thank you Allah .’

Kerana terlalu tertekan, Najwa Latiff yang popular melalui lagu ‘Kosong’ telah mewakilkan kakaknya untuk mengambil keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Menerusi Berita Harian, kakaknya iaitu Iqhwatul Syafika, 24, telah muncul seorang diri untuk mengambil keputusan SPM dan cubaan media untuk mendapatkan kenyataan daripadanya juga tidak berjaya kerana kakak Najwa terus balik selepas mengambil keputusan. Najwa ketika dihubungi menjelaskan mimpi adalah antara punca dia tertekan dan takut untuk hadir sendiri mengambil keputusan.

“Saya tertekan sebab malam tadi (kelmarin) saya bermimpi tidak memperoleh sebarang A, sebab itu saya minta kakak ambilkan keputusan. Bagaimanapun saya tidak menyangka untuk dapat 4A kerana sebelum ini, saya mensasarkan keputusan 3A saja. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan keputusan ini dan emak juga gembira melihat pencapaian saya.”

* Tahniah untuk adik saya yang dapat keputusan SPM semalam. Adik saya dapat 4A juga... :)

8 sweet comments:

Deqla Manjew said...

ehh sape ery malik tu?? x berapa cam pulak..haha.. owhh xpela najwa latif.. awk tu kan penyanyi..trskan je la menyanyi....hihi... ;)

Deqla Manjew said...

owh tahniah utk adik solehah jugak.. ;)

Puteri Faralyaa ! said...

Pandai Adik Erin . Najwa good too . Busy pon still bley capaii , :)

permatabiru said...

tahniah untuk mereka dan adik awk juga:)

UniMeOw said...

tahniah wat sumer~! :)

Cik Nur™ said...

tahniah buat mereka...
tahniah adik solehah...

Aine Ainun said...

alhamdulillah...Tahinah...=)

9n0L4 said...

tahniah buat adek solehah. :)