Lazada Malaysia

Sunday, February 24, 2013

Home » » Tutorial : Install New Theme For Android Phone

Tutorial : Install New Theme For Android Phone

Assalamualaikum.

Adakah korang tau yang pengguna telefon android boleh menukar theme lain untuk handphone mereka? Jawapannya, semestinya boleh. Dan baru-baru ini saya baru saje menggunakan theme baru untuk handphone saya yang lebih cantik dan elegan. Flower Love GoLauncher Theme adalah theme baru handphone saya sekarang.





Cantikkan theme ni? Saya tau theme ni hanya sesuai untuk perempuan dan yang sukakan pink. Bukan theme ini saje yang ada, sebenarnya banyak lagi theme yang smart dan cun di app Play Store. Kepada yang mahukan theme baru ini dan tidak tahu bagaimana untuk install app ni, jom ikut tutorial di bawah ni ye.

1. Mula-mula, korang wajib ada handphone android. Kalau tiada, korang tak boleh install theme baru ni. Kalau korang ada handphone android, korang boleh ikut langkah yang seterusnya.
2. Buka Play Store.
3. Taip GO Launcher EX di bahagian kotak search.
4. Korang ambil search yang paling atas sekali iaitu GO Launcher EX. Install app ni dulu tau.
5. Selepas siap install app ni, korang klik Open.
6. Kemudian buka Play Store semula dan taip Flower Love_Go Launcher Theme di bahagian kotak search. Klik pada app yang ada pada carian yang paling atas. Install app tu.
7. Setelah siap install, klik Open.
8. Dah siap! Nanti korang boleh susun atur widget yang ada untuk nampak kemas. Sila tonton video di bawah untuk lihat theme baru ni.



Antara theme lain yang saya install juga ialah Love Petal GoLauncher, Kitten GoLauncher & Loving you GoLauncher. Sebenarnya banyak lagi theme yang cantik-cantik, tapi korang kena cari sendirilah ye.


Bagaimana kalau nak guna theme yang lama semula?
Oh, mudah saje ni. Sila ikut cara-cara di bawah...


Klik butang tengah-tengah handphone korang.


Nanti akan keluar macamni. Kemudian pilihlah theme lama korang tu. Senang kan? :-)
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila inbox saya di : pinkgemstone90@gmail.com

11 sweet comments:

Hamim said...

Wew :) Nice :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tetap pink hehehe

Athikah said...

Dah ada android cuma x de Internet je. Kita guna streamyx. :(

Miss N™ said...

ermm..hp nur xde android...

Chic Na said...

pinky2 lagi. :)

dya nasir said...

dya slalu tukar theme..hihi..

Unknown said...

ye dear.. mmg android ni mcm2 boleh.. hihi

Arina Shamsul said...

dulu baru2 install akk sll tukar skrg dah malas dah..guna theme yg sama je la...hahah

Mrs Velentine said...

MV punga guna theme biasa jer..malas mau tukar2

Unknown said...

launcher bnyk..pelbagai launcher.go launcher org dh x gne..x kemas langsung hp..next launcher terbaru hp jdi ringan ...

Unknown said...

launcher bnyk..pelbagai launcher.go launcher org dh x gne..x kemas langsung hp..next launcher terbaru hp jdi ringan ...