Lazada Malaysia

Friday, January 25, 2013

Home » Permohonan Dan Penebusan Rebat RM 200 Telefon Pintar Bagi Pelajar Dan Pekerja

Permohonan Dan Penebusan Rebat RM 200 Telefon Pintar Bagi Pelajar Dan Pekerja


HTC Desire C - Harga : RM 538. Akhirnya saya berjaya menebus handphone ni menggunakan rebate telefon pintar RM 200. Saya tebus rebate ni di Maxis Centre, Ipoh. Oleh kerana ramai tertanya-tanya saya soalan mengenai rebate ni, saya akan jawabkan semua soalan tu di sini ye...


Syarat-syarat kelayakan untuk permohonan rebat RM200 telefon pintar





  • Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon.
  • Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah.
  • Model telefon pintar 3G yang ditawarkan.
  • Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalur lebar.
  • Satu telefon hanya untuk satu belia.

  • Bagaimanakah cara untuk mendaftar rebat RM 200?


    Masuk link INI. Kemudian korang pilih sama ada korang seorang pekerja ataupun pelajar.





    Bagaimanakah cara mengisi borang rebat RM 200 untuk pelajar?


    • Langkah 1 (Maklumat Pemohon)

    Isi kesemua butiran yang diminta. Rasanya bahagian ini tiada masalah. Jika korang tiada no. telefon rumah, korang boleh isikan seperti berikut : 00-0000000


    • Langkah 2 (Maklumat Komunikasi)

    Adakah anda sudah melanggan Pakej Plan Data?

    • Pilih "Ya". Sekiranya korang memilih "Tidak", terdapat sesetengah permohonan korang berjaya dan terdapat juga sesetengah permohonan korang akan menjadi rosak. Sebagai langkah berjaga-jaga, pilihlah "Ya".


    Sekiranya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa perlu dibuat?
    Jawapan : Korang dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan korang menuntut rebat ini. Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut.

    (Pakej plan data bermaksud modem atau broadband yang korang ada. Jika korang berkongsi satu modem ataupun satu broadband dengan semua ahli keluarga di dalam satu rumah, korang juga dikira "Ya" melanggan Pakej Plan Data.)

    Jenis Perkhidmatan

    • Prepaid : Bayar internet secara topup
    • Postpaid : Bayar internet secara bil

    Pemberi Perkidmatan
    • Korang langgan internet melalui perkhidmatan mana

    Profil Laman Sosial
    • Laman Sosial : Facebook
    • Profil Laman Sosial : (Paste link profile facebook korang di dalam tempat kosong)
    • Tindakan : (Jika korang nak tambah lagi profil laman sosial, boleh klik "Lagi...". Jika tidak mahu, klik "Seterusnya")


    • Langkah 3 ( Maklumat Pengajian)
    Sila isi maklumat pengajian.


    • Langkah 4 (Pengesahan)
    Klik pada kotak "Saya bersetuju dengan terma dan syarat di atas". Kemudian, klik "Daftar".

    Langkah terakhir, tunggu status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.

    Bagaimanakah cara mengisi borang rebat RM 200 untuk pekerja?

    • Langkah 1 (Maklumat Pemohon)
    Ikut langkah 1 yang telah ditunjukkan dari langkah pengisian rebat untuk pelajar.

    • Langkah 2 (Maklumat Komunikasi)
    Ikut langkah 2 yang telah ditunjukkan dari langkah pengisian rebat untuk pelajar.

    • Langkah 3 ( Maklumat Pekerjaan)
    Isi kesemua yang diminta mengenai maklumat pekerjaan. Jika korang tidak tahu no.fail LHDN, biarkan sahaja.

    • Langkah 4 (Pengesahan)
    Ikut langkah 4 yang telah ditunjukkan dari langkah pengisian rebat untuk pelajar.

    Langkah terakhir, tunggu status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.

    Ada satu soalan baik dari rakan pembaca. Beliau baru habis belajar dan masih belum bekerja tetap. Borang mana yang perlu diisi? Jawapannya Borang Pekerja dan pada ruangan "Pekerjaan" pilih "Bekerja Sendiri". Abaikan ruangan nombor fail LHDN memandangkan ia tidak wajib diisi. Ini juga terpakai untuk mereka yang belum dapat pekerjaan/ menganggur.

    Dimana boleh tebus rebat RM 200 ini?

    Hanya penyedia perkhidmatan di bawah ini SAHAJA. Bukan di mana-mana kedai telefon ataupun pasaraya.


    Apa yang korang perlu tahu sebelum membeli handphone?

    • Jika korang terlupa untuk menyimpan no.rujukan pendaftaran ataupun terlupa untuk print slip pendataran berjaya, korang tidak perlu risau. Korang boleh dapatkan slip pendaftaran berjaya tadi di dalam emel korang. Jika tiada juga, korang boleh bawa kad pengenalan semasa proses penebusan rebat.
    • Terdapat sesetengah pusat telekomunikasi mengenakan syarat jika ingin membeli handphone dengan menggunakan rebat, korang perlu langgan pakej plan data. Jadi, korang perlu tanya mereka terlebih dahulu kerana terdapat sesetengah pusat telekomunikasi tidak mengenakan syarat tersebut. Seperti di Maxis Centre, Ipoh.
    • Korang perlu sediakan duit selebihnya untuk membeli handphone semasa proses penebusan. Rebat hanya mengurangkan RM 200 sahaja dari harga handphone sebenar.
    • Korang perlu tahu spefikasi handphone yang ingin dibeli untuk memudahkan korang membeli. Korang juga boleh mengetahui harga handphone yang ditawarkan selepas rebat oleh pusat telekomunikasi di laman web mereka.
    • Handphone yang ditawarkan tertakluk kepada stok. Jika stok habis, korang kena beli handphone jenama lain yang masih ditawarkan.
    • Bagi pelajar wajib membawa kad pengenalan, kad pelajar dan slip pendaftaran berjaya. Untuk pekerja pula wajib membawa kad pengenalan dan slip pendaftaran berjaya.

    Penjelasan yang penuh panjang lebar daripada saya. Kepada yang belum isi borang rebat RM 200 ni, cepat-cepatlah daftar supaya telefon yang diinginkan tidak habis stok... :)

    50 sweet comments:

    hazanis said...

    dah dapat rebate rm200. tp xthu nak beli ke tidak smartphone ni.:(

    Nastyna said...

    what??? I am not belia anymore? duhhhh

    Maisarah Azmi said...

    http://www.sararose.my/2013/01/pengedar-rebat-telefon-pintar-rm200.html

    Miss N™ said...

    xtahulah nak buat ke tak..
    sebab baru je beli hp ni..
    huhuhu

    Mrs Velentine said...

    nak try lah

    Unknown said...

    wahh bgsnye dah bg penerangan kat sini..sis deqla dah daftar..cuma riso pulok xde bajet nk beli hengpong..hihi..apapun tq bg tunjuk ajar hari tu eh. =)

    Cik Ai said...

    ermm
    dia ada mintak payslip ke Solehah time nk isi rebet tu?huhuhu

    Unknown said...

    dah terlebih umur...hahaha

    Solehah Shamsuddin said...

    Same2 kak... :)

    Solehah Shamsuddin said...

    Payslip pe eh? Solehah xphm..

    Solehah Shamsuddin said...

    Hehe oh yeke. nk wt cmne lg :)

    Solehah Shamsuddin said...

    Eh npe xmo beli ye? Beli la ye...

    lelamaisara said...

    tak daftar lagi..ingat nak daftar gak..tapi nak buek ape ek hp bebabnyak..heheheh

    Nadia Elena said...

    UNTUNGLAH~~~ =D

    uchihamie said...

    pakage ni byk lg ke? boleh ke nk apply..

    uchihamie said...

    pakage ni byk lg x?? ke dah penuh da org yg apply?

    Solehah Shamsuddin said...

    Pakej ni mmg bleh apply lg, tp tgk jgk stok hp. klu tebus lmbt, dpt beli hp yg lg mahal la. klu mmpu nk bli hp mahal, tebus je :)

    Wanieys a.k.a IbuQalief said...

    akak xapply pun

    Chic Na said...

    nak apply tp dah banyak kali try. blum dapat akses ke web tu. hukhuk..

    Chic Na said...

    nak apply jugak. tp dah banyak kali try. blum dapat akses ke web tu. hukhuk..

    kayyana said...

    tgh pk pk nk ke taknk buat utk rebate ni... hihi.. agak agak note 2 bleh ke?

    Solehah Shamsuddin said...

    @Chic Na ye chic na. mmg website tu da sesetengah kawasan mmg ssh nk bkak. tp alhamdulillah tempat solehah ni senang nak bukak web ni...

    Solehah Shamsuddin said...

    @kayyana galaxy note 2 mmg da. tp tgk stok kak. sbb tu solehah suh redeem phone tu cepat2. takut habis stok

    Unknown said...

    kalau kita pilih tidak pade melanggan Pakej Plan Data...tapi permohonan berjaye..boleh tebus x??

    Unknown said...

    kalau pilih tidak pade melanggan Pakej Plan Data...tapi permohonan berjaya..boleh tebus x??

    Solehah Shamsuddin said...

    @yat yati eh, lepas ke? sbb kebanyakan org yg pilih tidak, automatik xberjaya. macamne akak boleh lepas ni.. pelik. cuba akak try tanya pada kedai telekomunikasi dlu ye...

    Solehah Shamsuddin said...

    @yat yati Jika lepas, tidak mengapa. Tapi apa yang solehah phm dari diorang :

    Sekiranya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu dibuat?

    Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.

    Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut.

    Unknown said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...

    @Solehah Shamsuddinha tu lah pasal..lepas lak,,tp mesty bnyk nak tmbh duit..dh lh pengesahan x hantr kat email..ssh lah mcm nie..lg stu sye tgok x de no rujukan pon..juz permohonan berjaye jerk pastu sy print lah..

    Unknown said...

    ha tu lah pasal..lepas lak,,tp mesty bnyk nak tmbh duit..dh lh pengesahan x hantr kat email..ssh lah mcm nie..lg stu sye tgok x de no rujukan pon..juz permohonan berjaye jerk pastu sy print lah..

    Solehah Shamsuddin said...

    @yat yati erm maaf ye. solehah rasa borang akak tu dh rosak. sbb kalau bahagian no.rujukan xda nombor, mmg xleh nk tebus. kalau akak xsempat print slip tu tp pada asalnya da no.rujukan, xmengapa lg sbb pusat telekomunikasi still boleh detect lg, juz bwk kad pengenalan je. tapi skrg, akak xd no.rujukan. mmg xleh tebus la nt..urmm

    Unknown said...

    @Solehah Shamsuddinakak nak tengoklah contoh permohonan berjaya yang ade no rujukan..

    Solehah Shamsuddin said...

    @yat yati maaf kak. solehahnya kertas tu dh diberi pada maxis centre. solehah dh xd salinannya yg len. maaf

    Unknown said...

    law da berjaya tp mase 2 xde printer then lupe nk print skrin . cm ne plak ??

    Unknown said...

    law da berjaya tp mase 2 xde printer . pastu lupe nk print skrin cm ne plak eyh ??

    Solehah Shamsuddin said...

    Xpyh print pn xpe. sbb nt diorang leh print kan.

    Anonymous said...

    Salam saye nak tny, mase isi borang tu ade tny adekah anda sudah melanggan pakej plan data, saya jawab tidak sebab dekat telefon mmg takde langgan tp kalo broadband usb tu ade la.. Adekah jawab tidak dikire tipu? Keliru la..

    Solehah Shamsuddin said...

    @Myelin Sheath ye awak dah melanggan pakej plan data.

    vicious said...

    handphone HTC DESIRE C hanya berharga rm399 (original new) tapi cik beli dgn harga rm538. kalau pakai rebate kena tambah duit lagi rm338. macam tak berbaloi je rebat rm200 ni. kayakan kroni. boleh tgok dkt link ini untuk harga handphone tu http://www.mudah.my/Htc+desire+c+ori+new+set+with+warranty+one+year-21134650.htm

    Unknown said...

    mane nak dapat slip pengesahan uh, base on your article, bawak ic jeh kat centre., but perenggan last awak mention slip pengesahan lak.,

    Solehah Shamsuddin said...

    Slip pengesahan tu sebenarnya xpenting pun sebab diorang still akan print slip pengesahan tu. kalau nk bwk pn bleh, klu xnk pn bleh. tp yg penting bwk ic je. klu nk dpt slip tu, awk leh dapatknnye slps pndftn skmm yg awk dftr tu.mksdnye yg pendaftaran berjaya tu la. awk print n bwk slip tu.

    Solehah Shamsuddin said...

    Sy mintk maf klu sy xtau hrganya. tp pe yg sy tau, kita akn dpt free subscribe utk internet slma setahun klu gne bil. tp sy xtau berapa MB yg dapat sbb sy xgne bil. yg juz gne topap, pn dpt free subscribe selama 30 hari utk setahun.slps sy beli ni, stiap bulan sy dpt free online subscribe.untungla. maaf klu da yg lain dari yg sy nyatakan ni.

    Unknown said...

    Hi kak solehah, sya bru isi kn borang rebat 200 itu da di luluskan tpi msalahnya sya t, lupa cetak formnya so mcmna ya kak? Blh dptka kak lau bwa mykad pi maxis centre? Tlg Bgitau sya caranya mcmna kak..

    Unknown said...

    Hi kak solehah, sya da daftar da di luluskn tpi mslhnya sya t, lupa cetak formnyavkak mcmna ya blh dptka tnpa slip i2? Tlg bgtau dik caranya mcmna kak...

    Solehah Shamsuddin said...

    Its ok dik.sbnrnye form tu xpenting sgt.yg penting, kad pengenalan dan duit.adik boleh terus pergi ke kaunter centre (maxis centre/celcom centre/pusat telekomunikasi yang lain) seperti yang akak nyatakan di dalam entri di atas ni dan beritahu mereka yang adik nak beli hp skmm.nt dyorg akan mintak ic adik untuk diorang check samada pendaftaran skmm adik sah atau tak.