Lazada Malaysia

Monday, August 6, 2012

Home » , , , , , , , » Keputusan Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik 2012 London - Lin Dan vs Lee Chong Wei

Keputusan Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik 2012 London - Lin Dan vs Lee Chong Wei

Assalamualaikum.

Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik 2012 London.

Set 1 : 15 - 21
Set 2 : 21 - 10
Set 3 : 21 - 19



Saat Dato' Lee Chong Wei bertungkus-lumus berlawan dengan lawannya, Lin Dan.


Sungguh bersemangat Dato' Lee Chong Wei ingin menang. Sehinggakan setiap kali Lin Dan gagal balas pukulan, Dato' Lee Chong Wei pasti akan buat begini.


Apakan daya, Dato' Lee Chong Wei gagal untuk memenangi pingat emas untuk negara. Sehinggakan selepas tamat perlawanan, Dato' Lee Chong Wei terus tertunduk begini, wajahnya sedih kerana tidak berjaya menumpaskan lawannya, Lin Dan. Kasihan Dato' Lee Chong Wei. Mesti kesedihannya lebih berat daripada apa yang kita rasa.



Ketika menuju ke pentas untuk mengambil hadiah.


Sekadar beroleh pingat perak. Tidak mengapa Dato' Lee Chong Wei, anda tetap jaguh di hati kami.


Gambar ni betul-betul meruntun hati. Jangan menangis Dato' Lee Chong Wei. Kami semua tau ini Perlawanan Olimpik terakhirmu sebelum bersara, tapi apakan daya kejayaan berpihak pada Lin Dan kali ni. Walaupun anda kalah, anda tetap hero kami. Kepada peserta Malaysia lain, teruskan usaha anda semua untuk kejayaan Malaysia. Malaysia Boleh!


Melambai tangan ke arah seluruh rakyat Malaysia. Ternyata wajahnya kelihatan sayu kerana tidak berjaya mencapai kemenangan untuk Malaysia.



Dato' Lee Chong Wei, hero Malaysia.



Pingat Emas : Lin Dan (China)
Pingat Perak : Lee Chong Wei (Malaysia)
Pingat Gangsa : Chen Long (China)




Salute! Its ok Dato' Lee Chong Wei. Walaupun anda tidak menang, tapi anda tetap hero di mata kami. Sekurang-kurangnya anda adalah penyumbang pingat pertama di Sukan Olimpik 2012 untuk Malaysia. Tahniah Dato' Lee Chong Wei! You are the best! :)

Gambar : Facebook

18 sweet comments:

Chic Na said...

sedih je tengok time dia nangis. apepun LCW tetap terbaek. :)

Unknown said...

bagus la solehah ni..nmpk sgt peminat sukan...hurm.. peminat dato' lee chong wei jugak yer? :)

kayyana said...

Chong Wei tetap johan di mata rakyat Malaysia...

~Cik Sweety~ said...

tahniah utk LCW walaupun perak..syukurlah..

Cik Ai said...

syabas LCW...
wpun kalah tp ttp rs berbangga..
mmg sedih tgk pic yg dia nangis tu..dpt rs kekecewaan di situ..

Ruse Sulaiman said...

Takpelahkan.. tiada rezeki. Yg penting sudah berjuang bersungguh2.

Solehah Shamsuddin said...

@Chic Na ye beliau sememangnya yang terbaik.

Solehah Shamsuddin said...

@Deqla manjew ye solehah mmg slalu mengikuti setiap perlawanan dia,cuma xd kesempatan lagi nak tgk secara live.

Solehah Shamsuddin said...

@kayyana betul tu kayyana.

Solehah Shamsuddin said...

@~Sweet Honesty~ye btl tu sweety.solehah bersyukur dia dapat kalahkan chen long masa tu.da rezeki jgk lee chong wei utk merasa pingat perak.

Solehah Shamsuddin said...

@Cik Aini ye btl tu cik aini.smpaikan solehah sendiri nangis.hukhuk

Solehah Shamsuddin said...

@Ummi Iman btl tu akak :)

Miss N™ said...

mmg nampakkan LWC kecewa.. tapi apa boleh buat, sudah tiada rezeki, lagipun xdelah kalah teruk sgt kan..

kalah BERGAYA kan.. ?

apapun, LCW ttp juara kita..!

Tahniah..!

Masha Meisters said...

Tahniah DLCW kerana menjadi wira dihati kita...dye tetap hero dihati semua rakyat Malaysia :)

Reena Sidek said...

terasa sedih dan kecewa...
tp kita tahu dia telah berusaha...

Rohani Hashim said...

sedey jugak tgk riak wajah dia masa tuh.apapun TAHNIAH buat chong wei.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

LCW dpt juga perak...kita ni dpt apa habuk pun xdak dh la melepas tarawih muahahahhaha

dya nasir said...

dya tetap bangga dgn dato lee chong wei..hihi