Lazada Malaysia

Wednesday, May 16, 2012

Home » Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke - 41 Di Negeri Perak Darul Ridzuan

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke - 41 Di Negeri Perak Darul Ridzuan




Tarikh : 16 Mei 2012
Tempat : Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar

Perasmian oleh : Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU


Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.

OBJEKTIF

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

SAMBUTAN



IKRAR

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara

TEMA

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

p/s : Itu saje yang saya dapat kongsi buat masa sekarang. Nanti saya akan kongsikan lagi bagaimanakah kemeriahan sambutan hari guru di sini. Selamat Hari Guru!