Lazada Malaysia

Saturday, May 26, 2012

Home » My 22nd Birthday Giveaway ~ TAMAT ~

My 22nd Birthday Giveaway ~ TAMAT ~

Assalamualaikum semua.

Tepat pukul 12 tengah malam tadi, berakhir sudah penantian yang saya tunggu sehari-hari untuk giveaway ni. Memang terasa lama juga penantian untuk menunggu tarikh 26 Mei ni. Penat-penat.hehe Akhirnya selesai juga akhirnya. Saya sebenarnya tamatkan tarikh GA ni harini kerana keesokan harinya saya nak sambut hari jadi saya. Wahhh tak sabar ni... Harap-harap kejutan akan berlaku keesokan hari. Harap-harap kejutan itu juga sesuatu yang special untuk hari lahir saya. Kepada yang sudi join GA saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tanpa anda semua, mungkin tidak meriah hari lahir saya nanti. Terima kasih ye semua. Kepada peserta GA, insya-Allah saya akan umumkan pemenang pada minggu hadapan jika tiada halangan. Sebelum itu, apa kata awak semua check dulu penyertaan GA awak semua ni. Mana la tau tiba-tiba tak menepati syarat ke. Saya bagi masa sehingga hari Ahad ni, 27 Mei. Selepas itu, saya akan check penyertaan awak semua. Kalau tak tepati syarat, jangan salahkan saya ye. Harap semuanya ambil berat dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Berikut link penyertaan yang diterima :