Lazada Malaysia

Sunday, May 20, 2012

Home » Mark Zuckerberg Sudah Kahwin. Tahniah Mark!

Mark Zuckerberg Sudah Kahwin. Tahniah Mark!


Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengakhiri minggu yang padat dengan urusan pengapungan syarikat laman sosial itu dengan mengumumkan bahawa dia telah mendirikan rumah tangga pada 19 Mei 2012.

Status terbarunya di laman sosial ialah "sudah berkahwin".

Dia mengumumkan perkahwinan dengan teman wanita lamanya, Priscilla Chan, 27, yang dikenali sejak belajar di Harvard, kelmarin.

Majlis perkahwinan yang dihadiri sekitar 100 orang telah diadakan di rumahnya di Palo Alto, California.

Seperti Zuckerberg, Chan, pelajar perubatan, juga melalui hujung minggu yang padat kerana menghadiri majlis konvokesyen.

Laporan media menyebut tetamu-tetamu dijemput menjangkakan bahawa mereka akan menghadiri majlis sambutan hari graduan Chan, tetapi dikejutkan dengan majlis perkahwinan.

Cincin perkahwinan direka bentuk oleh Zuckerberg, yang mengasaskan Facebook pada 2004.

Pasangan itu kemudian berpindah ke California - lokasi ibu pejabat Facebook ditempatkan manakala Chan pula mengikuti pengajian perubatan di University of California, San Francisco.

Apa-apapun tahniah Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan. Semoga perkahwinan anda berdua bahagia selamanya.

2 sweet comments:

Anonymous said...

kayo but very simple wed... I like

Solehah Shamsuddin said...

hehe wtpe nk membazir dgn wedding,simple dh cukup