Lazada Malaysia

Monday, April 16, 2012

Home » Tq Bunga Hati Mama Untuk Hadiah Header Ini.

Tq Bunga Hati Mama Untuk Hadiah Header Ini.

Assalamualaikum dan hai semua.

Pertama sekali Solehah ingin minta maaf pada kak Arina sebab lambat buat ucapan terima kasih ini khas untuk akak. Solehah tak tau sejak-sejak ini kesihatan Solehah betul-betul tak mengizinkan. Sekarang kesihatan Solehah elok sikit berbanding dulu. Solehah harap kak Arina tak berkecil hati ye.hehe Okla. Berbalik pada tajuk entry ini, header apa yang Solehah maksudkan ini ye? Maklumlah selama ini header dalam blog ini, Solehah sendiri saje yang buat. Tapi kali ini lain pula. Korang nampak tak header blog Solehah yang terbaru sekarang ini yang cun-melecun ini, yang ada gambar Solehah dalam taman bersama kartun kegemaran, My Melody? Comel kan header terbaru Solehah ini.hehe Ha, header ini la yang Solehah maksudkan ini. Kalau korang semua masih ingat lagi, di bawah ini header lama Solehah. Solehah masih simpan ia elok-elok tau.hehe


Simple dan nampak segala kejelasan pada muka Solehah. Dulu header ini betul-betul bertempek di tengah-tengah atas dalam blog Solehah. Muka Solehah betul-betul menyerlah kebesarannya dalam blog ini dulu.hehe Dahla tak cun, tiba-tiba perasan cun sengaja buat muka besar-besar dalam header tu. Cehhh


Ini header terbaru Solehah. Semua ini hasil penat lelah blog Bunga Hati Mama. Kak Arina yang saya panggil-panggil di atas tadi tu lah empunya blog Bunga Hati Mama ini. Cantik kan header ini? Solehah betul-betul teruja akak boleh wat header untuk blog Solehah sampai cun-melecun macamni. Ececeh...hehe sayang akak sangat-sangat.

Akak, Solehah nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada akak untuk header cun ini. Cuma ucapan saje Solehah mampu bagi. Tak sia-sia Solehah mengejar untuk menang hadiah header ini, kan3.hehe Akak, semoga persahabatan kita kekal selamanya. Terima kasih menjadi sahabat Solehah. Sayang akak Arina sangat-sangat~!!! ^_^

6 sweet comments:

Chic Na said...

peminat my melody rupanya. kiut header tu. semoga solehah cpt sembuh ya. :)

9n0L4 said...

puan arina mmg terbaikkkkkkkkkk. ;)

Cik Nur said...

hasil tgn mama arina mmg cantik2 semuanya kan.. :)

Solehah Shamsuddin said...

tq chic na..ye solehah peminat my melody

Solehah Shamsuddin said...

ye 9nol4

Solehah Shamsuddin said...

ye cik nur.semua yg mama arina wt mmg cantik2 belaka