Lazada Malaysia

Saturday, April 21, 2012

Home » SANDSLOVA NAK BAGI HADIAH UNTUK SAYA

SANDSLOVA NAK BAGI HADIAH UNTUK SAYA


Nak join? KLIK SINI.

Assalamualaikum dan hai semua.
Harini saya nak join satu contest ini. Hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. Saya nak cuba masuk contest ini, manalah tahu rezeki saya di sini. Harap-haraplah saya menang ye. Syarat untuk sertai contest ini mesti jawab kesemua soalan yang diajukan oleh SANDSLOVA. Jadi di bawah berikut ialah jawapan untuk soalan yang diajukan oleh SANDSLOVA.

JAWAPAN :

a) Saya minat fesyen tudung jenis tudung indon kerana majoriti kesemua tudung indon menggunakan awning. Oleh disebabkan itu akan memudahkan saya memakainya kerana hanya perlu sarung serta tidak perlu cerewet untuk membentuk bahagian awning tudung.


b) Tudung yang saya rasa suka dalam SANDSLOVA ialah tudung lycra crownie (sulam manik), dan sebabnya saya merasakan diri saya kelihatan indah tatkala menyarung tudung ini yang mudah dibentuk dengan awning tudungnya yang terbentuk elok mengikut bentuk wajah dan tidak perlu meletakkan pelbagai aksesori lagi untuk menghiasi tudung kerana terdapat sulaman manik di atas kepala umpama sang permaisuri memakai mahkota.

c) Komen / Pendapat saya mengenai SANDSLOVA.
- Saya merasakan SANDSLOVA sudah cukup bagus mempunyai blogshop sendiri. Tapi jika SANDSLOVA mempunyai laman web rasmi mengenai SANDSLOVA, itu lebih bagus. Jika SANDSLOVA mempunyai website sendiri, SANDSLOVA boleh menyediakan sistem 'shopping cart'. Kelebihan menggunakan sistem shopping cart ini ialah pembeli boleh membeli seberapa banyak item yang dikehendaki dalam satu tempahan, jumlah harga barang dan wang pos akan dikira secara automatik mengikut poskod. Ini akan memudahkan lagi penjualan tudung dari SANDSLOVA. Harap pendapat saya ini diterima oleh pihak SANDSLOVA.

Akhir kata, saya nak tag : Cik Nur / Liniey Nor / 9nol4