Lazada Malaysia

Saturday, April 7, 2012

Home » 2 Lagu Melayu Maher Zain Untuk Peminat Malaysia

2 Lagu Melayu Maher Zain Untuk Peminat Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 APRIL 2012: Setelah berjaya memikat hati peminatnya di Malaysia menerusi lagu Insya Allah versi Melayu, penyanyi kelahiran Lubnan, Maher Zain kini tampil dengan dua buah lagu bahasa Melayu menerusi album terbarunya Forgive Me.

Dua buah lagu yang dimuatkan dalam album keduanya itu adalah Ku Milik Mu dan Tuntutanku KepadaMu.

Maher Zain berkata dua buah lagu tersebut merupakan usahanya untuk memikat hati peminat-peminatnya yang kebanyakan terdiri daripada rakyat Malaysia.

"Dua buah lagu ini saya tujukan buat peminat-peminat saya yang kebanyakannya datang dari Malaysia dan sentiasa menyokong kerjaya dan dakwah saya.

"Inspirasi dan lirik lagu ini datang dari saya sendiri tentang apa yang saya rasa tentang Allah.

"Namun liriknya telah digubah kepada bahasa Melayu dan saya gembira dapat menyanyikannya," katanya yang ditemui ketika pelancaran album Forgive Me yang berlangsung di Hotel Le Meridian, petang tadi.

Dalam majlis pelancaran album berkenaan, Maher Zain turut mempersembahkan single terbarunya berjudul Number One For Me.

Berjaya mengutip jualan sebanyak 250 000 unit untuk album pertamanya, Thank You Allah, kini Maher Zainterus mengorak langkah dengan menerbitkan album keduanya sekali lagi disini.

Selain mengandungi lagi bahasa Melayu dan Inggeris album yang memuatkan 14 buah lagu kesemuanya turut memuatkan lagu bahasa Arab yang sememangnya menjadi dialek untuk kebanyakan lagu dakwah.

Album terbitan Awakening Worldwide LTD dan edaran bersama Inteam Records Sdn Bhd dan Warner Muzik ini sudah pun berada di pasaran muzik Malaysia sejak 2 April lalu dengan harga RM29.90.

Album Forgive Me itu juga boleh didapati secara online di laman web www.inteammobile.com

Selain malancarkan album terbarunya, Maher Zain bakal mengadakan persembahan di program realiti Mania yang bersiaran di Astro Ria pada jam 9 malam esok.

2 sweet comments:

Tie HT said...

maher zain, wahhh suka ni..nice

salam kenal :)

Solehah Shamsuddin said...

hehe.ske mahaer zain ye akak.Salam kenalan juga...