Lazada Malaysia

Thursday, February 2, 2012

Home » Ceramah ''Sensitivity Halal dan Haram dalam Kehidupan Seharian" - Al Fadhil Ustaz Sharhan Bin Shafie

Ceramah ''Sensitivity Halal dan Haram dalam Kehidupan Seharian" - Al Fadhil Ustaz Sharhan Bin Shafie

Tarikh : 1 Februari 2012
Masa : 9.00 malam (Selepas Isya' )
Tempat : Masjid Kolej Islam Darul Ridzuan
Penceramah : AF. USTAZ SHARHAN BIN SHAFIE
(Ahli panel Al-Kuliyyah TV3 ,Tanyalah Ustaz TV9 dan Semanis Kurma)
Tajuk :- "Sensitivity Halal dan Haram dalam Kehidupan Seharian"

***********************************************
Pendahuluan:

1. Di dalam Al-Quran, binatang yang diharamkan makan ialah anjing dan babi. Tetapi tidak bemakna tidak boleh makan langsung. Binatang ini boleh dimakan tetapi dengan syarat jika tersesat dalam hutan dan pada masa tersebut tiada langsung binatang yang boleh dimakan, tetapi tiba-tiba terlintas seekor babi di hadapan kita, maka wajib kita makan binatang tersebut kerana darurat dan wajib untuk kita menyelamatkan diri kita dari mati kelaparan.
2. Jika tumbuhan itu halal, tetapi diambil dengan cara yang haram, ia tetap menjadi makanan yang haram dimakan.
3. Jika kita hendak mencari makanan, carilah makanan yang elok.
4. Jangan kita makan makanan yang dimakan oleh binatang lain, untuk mengelakkan badi binatang tersebut masuk ke dalam kandungan si ibu. Kesannya si anak boleh berkelakuan seperti binatang. Cerita : Ada satu cerita dalam TV, sepasang suami isteri memiliki anak-anak yang berperangai seperti monyet. Ini kerana ayahnya seorang komander dan telah menembak seekor ibu monyet. Ibu monyet telah ditembak dan pada masa tersebut juga ada anak dalam perutnya. Suaminya telah memijak perut ibu monyet tersebut sehingga anak monyet dalam kandungannya mati.

***********************************************

TIPS-TIPS UNTUK MENGESAN KEDAI YANG KITA MAKAN ITU ADA SANTAU ATAU TIDAK

1. Pekerja atau pelayannya tidak menutup aurat. Carilah pekerja atau pelayannya yang menutup aurat, bukan mencari kecantikan pakaiannya.
2. Cari kedai yang bersih dalaman dan luaran untuk mengelak terjadinya santau.
3. Jika kita makan dan terjumpa walaupun seekor semut dalam makanan kita, kemungkinan tuan kedai itu ingin menyantau kita.
4. Jika kita makan dan terjumpa walaupun sehelai atau dua helai rambut dalam makanan kita, itu bermakna ada santau. Rambut adalah bahan yang paling senang untuk seseorang menyihir kita. Jika terjumpa, keberangkalian dia sedang menyantau kita.
5. Jika kita terjumpa kuku, itu bermaksud pekedai tersebut telah menyantau kita. Berhati-hati jika terjumpa kuku dan rambut, kedua-dua ini bahan yang sangat senang untuk seseorang menyantau kita.

Ayat dapat mengelakkan santau

إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظ
(Surah Hud : ayat 57)
***********************************************
Di Bukit Kayu Hitam, sekarang ada kes orang menyantau seseorang dengan bubuh abu mayat dalam makanan dan minuman kita. Hati-hati!

***********************************************
Perempuan yang tidak menutup aurat, dia berkawan dengan iblis.

***********************************************
TANDA-TANDA PERUBATAN YANG MENGGUNAKAN JIN

1. Dia menggunakan kemenyan dalam perubatannya. Makanan yang jin paling suka ialah asap yang dipuja.
2. Dia tidak menutup aurat.
3. Seluruh tempat tinggalnya berwarna kuning. Contoh : Kelambu kuning, tikar kuning, baju kuning dan semuanya kuning. Jika dia menggunakan semua kuning, itu bermaksud bomoh tersebut menggunakan bunian dalam perubatannya.
4. Dia meminta sesuatu yang bernyawa. Contoh : Ayam hitam dan sebagainya. Dia meminta semua ini untuk memberi makan kepada jin.
5. Jika kita naik ke atas rumah tersebut dan ternampak ada patung harimau atau sebagainya.
6. Dia cakap besar, mengatakan tiada siapa yang boleh menandingi dia.
7. Apabila kita balik dari rumah tersebut, dia akan bagi azimat. Cerita : Ada seorang pesakit ustaz Sharhan datang kepada ustaz untuk berubat. Dia pernah bagitahu, bomoh dia dahulu pernah bagi azimat pada dia yang dibalut dengan kain putih, sehingga dia tidak buka azimat tersebut selama 38 tahun kerana takut ditimpa bala. Selama ini dia membawa azimat tersebut ke mana sahaja dia pergi walau pergi menunaikan haji. Jadi, pada waktu dia berjumpa dengan ustaz, ustaz telah membuka azimat tersebut dan mendapati ada serpihan tulang babi. Alangkah terkejutnya pesakit tersebut. Jadi apa yang hendak disimpulkan di sini, adakah sah ibadahpesakit tersebut selama ini yang membawa najis setiap kali dia melakukan ibadah. Fikir-fikirkanlah!
8. Apabila kita balik dari rumah tersebut, kita kena bagi pengeras padanya.
9. Jika kita naik ke rumah tok bomoh tersebut, kita akan meremang bulu roma. - Jin sangat suka pada orang yang penakut dan taksub kepada dia. (Taksub-Tiba-tiba angin bertiup dan langsir terbang dengan kuat, sambil kita mengatakan ada hantu la ini.)
10. Apabila kita naik ke rumah tersebut, kita jadi berdebar-debar tanpa sebab.

***********************************************
TANDA-TANDA SIHIR SUDAH MERESAP MASUK DALAM TUBUH KITA

KETIKA TIDUR

1. Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Susah tidur.
3. Bermimpi ular.
4. Bermimpi dikejar oleh binatang.
5. Bermimpi di kawasan kotor.
6. Bermimpi di kawasan perkuburan.
7. Bermimpi diancam benda tajam.
8. Bermimpi salib.
9. Bermimpi budak kecil dan kita menyusukan budak tersebut.
10. Bermimpi melihat lembaga.

KETIKA BUKAN TIDUR
1. Sentiasa mengantuk dalam majlis ilmu.
2. Jantung berdebar tanpa sebab.
3. Lenguh sendi utama.
4. Sakit kepala.
5. Sakit badan.
6. Bangun dari tidur, ada tanda lebam. (Bukan 'lovebite' daripada suami)
7. Menangis tanpa sebab.
8. Ada sesuatu penyakit yang doktor tidak dapat kesan.
9. Terdapat ketumbuhan yang doktor tidak dapat kesan penyakit apa.
10. Terasa anda benda berlapik. (Merasakan seperti ada telur di bawah tapak kaki ataupun merasakan terpijak sesuatu)
11. Haid tidak menentu.
12. Darah istihadah keluar melebihi masa selepas habis haid.

***********************************************
CARA MERAWAT ORANG HISTERIA
(selalunya histeria disebabkan oleh iblis yang dikategorikan sebagai berpindah-randah)

1. Genggam tangan sambil Baca 'Bismillahhi Masya-Allah sekali.
2. Kemudian terus tepuk dengan tangan terbuka di tulang pelikat belakang mangsa.
(ulang proses ini sebanyak 3 kali.)

*Ketika merawat mangsa, si perawat mestilah berpakaian sopan dan menutup aurat. Jangan berpakaian seksi, kerana kita merawat mangsa dengan ayat Al-Quran. Si perawat tidak boleh dalam keadaan haid, kerana histeria boleh berpindah kepada si perawat secara langsung.

***********************************************
CARA HENDAK HILANGKAN PENYAKIT WAS-WAS

*Bacalah surah 3 Qul.

***********************************************
AYAT YANG BOLEH KITA BACA KETIKA DITINDIH

*Bacalah ayat Al-Quran yang sebati dalam hati kita.

***********************************************
Jika kita bermimpi seorang putera atau puteri, tiba-tiba kita mengandung dalam mimpi tersebut, dia memang disyaki dimasuki jin.

Jika kita atau sesiapa yang pernah bermimpi bersetubuh dengan makhluk halus, itu bermaksud ada jin yang minat pada kita.

Sila baca surah Ar-Rum, ayat 21.

***********************************************
KESIMPULAN

1. Ilmu yang kita belajar ini fardu kifayah.
2. Tuntutlah belajar bermacam-macam ilmu, kerana kita dituntut untuk belajar.
3. Dalam kehidupan kita, segala-galanya ada halal dan haram. Jadi kita mestilah mempunyai sensitiviti hati dalam memilih sesuatu yang kita inginkan supaya kita tidak tersalah pilih yang haram.

***********************************************
RUMUSAN

Pesanan daripada Ustaz Sharhan, lebih baik kita tengok cerita Ombak Rindu daripada tengok cerita hantu. CERITA HANTU BOLEH MENGGADAIKAN AKIDAH KITA.

***********************************************
Pada malam tersebut saya berjaya membeli sebuah buku daripada Ustaz Sharhan.

Terima kasih ustaz kerana sudi datang ke kolej saya.
Itu sahaja. Salam.

0 sweet comments: